Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday 28 February 2013

Fakta : Berapakah Berat Yang Boleh Dipikul Oleh Seekor Semut? (2 Gambar)



Semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.





`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'.

Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu.

Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!

1 comment: