Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

MASAKAN










1.Resepi Masak Asam Tempoyak Ikan Parang

Photo: Resepi Masak Asam Tempoyak Ikan Parang

Bahan-Bahan:
• 4 ketul ikan parang
• 250gm tempoyak
• 1 liter air
• 25 biji cili padi
• 2sm halia
• 2sm kunyit hidup
• 2 batang serai
• 5 biji tomato
• 5 helai daun limau purut
• Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan:
1. Tumbuk cili padi, kunyit hidup dan halia sehingga lumat.
2. Titikkan serai ke dalam bahan tumbuk dan gaul rata-rata.
3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk dan tuangkan air bersama tempoyak, tomato dan ikan. Kacau rata dan biarkan sekejap.
4. Masukkan daun limau purut dan biarkan ia mendidih beberapa minit.
5. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya, dan angkat.














2.Resepi Ikan Sepat Masin Bersambal Petai



Photo: Resepi Ikan Sepat Masin 
Bersambal Petai

Bahan-Bahan:
 400gm ikan sepat masin 
          dan dipotong jejari
 120gm isi petai
 100gm cili merah/hijau
 100gm cili kering
 100gm bawang merah
 50gm bawang putih
 28cm halia
 2 helai daun cekur
 2 sudu makan air asam jawa
 Minyak masak secukupnya
 Lada putih secukupnya
 Garam secukup rasa
 Gula secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di kuali.
2. Ambil ikan sepat masin dan goring sehingga garing.
3. Sesudah garing, angkat dan ketepikan buat sementara.
4. Panaskan minyak sekali lagi dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
5. Seterusnya, masukkan bahan-bahan kisar yang lain. Tumiskan hingga naik minyak.
6. Masukkan pula air asam jawa, isi petia, cekur, lada putih, garam dan gula secukup rasa.
7. Masukkan ikan masin yang telah digoreng. Gaulkan perlahan-lahan.
8. Sekarang, anda buangkan minyak dari tumisan.
9. Angkat dan hidangkan.
                                                                                                                                                                                                                                              







3.Resepi Kari Laksa

Photo: Resepi Kari Laksa

Bahan-Bahan: 
1 liter santan pekat
2 sudu besar cili boh
500 gm pes udang
500 gm serai (dikisar)
100 gm daun kari
200 gm air asam jawa
400 gm buah keras (dikisar)
200 gm lengkuas (dikisar)
10 ulas bawang merah (dikisar)
6 ulas bawang putih dikisar 2 peket mee kuning
3 gm serbuk kari daging
3 biji telur rebus
400 gm tauge
100 gm bawang goreng
5 helai daun bawang
½ kilo udang sederhana besar (direbus)
1 keping daging ayam (dipanggang)
1 keping tauhu 

Cara Penyediaan: 
1. Bersihkan mee dan rebus sehingga masak.

2. Tumiskan cili boh dan bahan-bahan yang dikisar sehingga berbau wangi. Masukkan bahan lain.

3. Masak sehingga kuahnya mendidih dan masukkan daun kari. Biarkan sehingga kuahnya likat dan angkat.

4. Apabila menghidang masukkan sedikit mee, daging ayam, udang dan bahan-bahan tambahan ke mangkuk dan tuangkan kuah ke atasnya.



4.Resepi Ayam Masak Kurma


Photo: Resepi Ayam Masak Kurma 

Bahan-Bahan: 
1/2 ekor ayam dipotong ikut citarasa 

Bahan Untuk Dikisar: 
3 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1 biji cili hijau 
1 inci halia 
1 inci kayu manis 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga 
1 kuntum bunga lawang 
1 peket kecil serbuk rempah kurma Adabi (dibancuh dengan air) 
1 batang serai (dititik) 
1 keping asam jawa 
2 biji buah keras (ditumbuk) 
1 biji kentang (dibelah 4) 
1 biji bawang besar (dibelah 4) 
1 biji buah tomato (dibelah 4) 
1 biji cili hijau (dibelah) 
1 mangkuk santan 
Minyak untuk menumis 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara Penyediaan: 
1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, rempah ratus, halia dan serai hingga naik bau. 

2. Masukkan rempah kurma dan buah keras. Tambah sedikit air dan kacau. 

3. Masukkan ayam dan kacau hingga ayam disaluti rempah dan bertukar warna agak keputihan. Tuangkan santan dan kacau sesekali hingga mendidih. Masukkan kentang dan masak sehingga kentang lembut. 

4. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam dan gula. 

5. Masukkan bawang besar dan cili hijau yang telah dibelah. Kacau sebentar dan hidang dengan nasi.



5.Resepi Pengat Pisang

Photo: Resepi Pengat Pisang

Bahan-Bahan:
1 sisir pisang India. Buangkan kulit dan potong serong tiga
1 biji gula melaka
1 bungkus tepung bubur cha cha
1 kotak santan
2 helai daun pandan dan disimpul
Garam secukup rasa
Gula pasir secukup rasa

Cara Penyediaan:
1. Bersih dan bilas tepung bubur cha cha. 
2. Letak daun pandan dan rebus dengan air selama 5 minit.
3. Masukkan pisang, gula Melaka, gula pasir dan garam secukup rasa.
3. Apabila sudah mendidih, tuangkan santan dan kacau.
4. Anda pastikan gula mencukupi sebelum hidang.


6.Resepi Mee Kolok


Photo: Resepi Mee Kolok

BAHAN-BAHAN
1 gulung mee kering (mee sanggul/yee mee) 
3 ulas bawang putih (mayang) 
2 sudu besar minyak 
2 sudu besar sos tiram 
2 sudu besar kicap pekat 
2 sudu besar kicap cair 
4 helai daun sawi (potong 1 inci) 
1/2 cawan daging / ayam rebus (rebus dengan 1 ketul kiub ayam maggi) 
3 cawan air rebusan daging/ ayam 
1/2 labu bawang besar (potong berbaji halus) 
Garam , gula, lada sulah dan ajinomoto secukup rasa 

HIASAN - Daun bawang dan bawang goreng secukupnya 

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak.Tumis bawang putih hingga naik bau.Masukkan bawang besar.Kacau seketika hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap cair dan air rebusan daging/ayam. 
2. Masukkan mee. Biarkan sedikit lembut. Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa. Kacau seketika. Masukkan sawi, daging/ayam rebus (yang telah dipotong nipis). Masak hingga mee lembut sedikit dan sawi layu. 
3. Angkat dan hidang segera. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. Tambahkan lada sulah jika suka.



7.Resepi Kerabu Sotong



Photo: Resepi Kerabu Sotong

Bahan-Bahan
1 mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar nampla
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)

Cara Penyediaan

1. Bersihkan sotong.
2. Potong bulat-bulat, masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan rendam sotong selama 5 minit. Jangan rebus sotong. Jika menggunakan sotong Jepun yang kulitnya keras itu pun hanya perlu rendam dengan air panas sahaja. Jangan rebus kerana ia akan lebih keras/liat semasa dimakan.
4. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar gaul dengan sotong.
5. Masukkan garam, gula, jus perahan limau dan nampla. Gaul rata dengan sotong. Sedia dihidang.



8.Sambal Tumis Ikan Bilis Petai


Photo: Resepi Bulan Ramadhan -
Sambal Tumis Ikan Bilis Petai 

BAHAN-BAHAN:
 
3 genggam ikan bilis - dibersih dan digoreng sampai garing
1 biji bawang besar - dimayang nipis-nipis
1 papan petai - kopek ambil buah petai
1 sudu kecil gula
Air asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa

BAHAN DIKISAR HALUS:

10 biji cili kering 
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa dan gula, dan biarkan cili masak sehingga terbit minyak dan sambal menjadi harum.

2. Masukkan ikan bilis goreng, bawang besar yang dimayang nipis dan garam. Seterusnya kacau. Kemudian masukkan petai dan kacau bagi semua bahan mesra. Apabila petai sudah layu anda boleh tutup api dapur.



9.Pajeri Nenas


Photo: Resepi Bulan Ramadhan -
Pajeri Nenas

BAHAN-BAHAN :

1 biji nenas - sederhana besar
5 cawan santan pekat
1 genggam udang kering
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
2 biji bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
4 camca besar kerisik
3 camca besar gula
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan nenas dan potong ikut saiz yang sesuai. Basuh udang kering.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bawang + halia, kulit kayu manis, bunga lawang + bunga cengkih, buah pelaga. Kacau semua bahan dan masukkan udang kering. Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus masukkan rempah kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air dan kacau. Biar sampai rempah masak dan terbit minyak.

3. Masukkan semua santan dan kacau, biar kuah mendidih sekejap dan masukkan gula, kerisik dan buah nenas. Masukkan garam secukup rasa dan terus kacau pajeri. Biarkan sampai nenas empuk, menandakan pajeri sudah masak dan anda boleh tutup api.











10.Resepi Udang Serai





11.Resepi pulut sambal




12.RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI PADI









No comments:

Post a Comment