Bahan-Bahan :
1 mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar nampla
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
Cara Penyediaan
1. Bersihkan sotong.
2. Potong bulat-bulat, masukkan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air panas ke dalam mangkuk dan rendam sotong selama 5 minit. Jangan rebus sotong. Jika menggunakan sotong Jepun yang kulitnya keras itu pun hanya perlu rendam dengan air panas sahaja. Jangan rebus kerana ia akan lebih keras/liat semasa dimakan.
4. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar gaul dengan sotong.
5. Masukkan garam, gula, jus perahan limau dan nampla. Gaul rata dengan sotong. Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment