papan tanda amaran...
Kepala air atau sumber sungai bermaksud punca aliran air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Lazimnya, ia berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai.
Fenomena kepala air merupakan salah satu fenomena semulajadi yang masih tidak diketahui umum secara meluas. Boleh dikatakan semua kawasan air terjun berpontensi untuk berlakunya kepala air ini. Ianya, bergantung kepada faktor perubahan bentuk muka bumi yang mungkin disebabkan oleh projek-projek haram di hulu sungai, yang boleh memberi satu jangka masa bila kepala air akan berlaku. Maksud kepala air atau ibu air menurut kamus bahasa melayu dewan bahasa dan pustaka edisi empat ialah “permulaan atau penghabisan air bah, lidah air”. Jika dirujuk pada kamus sains dewan bahasa dan pustaka pula ialah “Gelombang jalar atau tambahan kedalaman air dalam suatu alur terbuka yang disebabkan oleh perubahan mengejut pada keadaan aliran”. Secara amnya, fenomena kepala air merupakan fenomena di mana punca aliran air dalam kuantiti air dalam kuantiti yang besar mengalir dari hulu sungai atau air terjun ke sungai utama. Kebiasaannya, fenomena ini berpunca daripada hujan lebat yang berlaku di hulu sungai. Apabila hujan, aliran air ini menjadi sangat deras dan seterusnya membawa kelodak, dedaun dan juga kayu balak yang boleh mengancam bahaya kepada pengunjung air terjun. Kawasan yang baru sahaja terkena kepala air, selalunya meninggalkan kesan lumpur di batang pokok.
Fenomena kepala air berpunca daripada hujan di hulu sungai yang berkadar luar biasa. Hal ini mengakibatkan akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap ke dalam tanah maka ia terus melimpah dan masuk ke sungai dengan banyak. Selain daripada itu, berlaku tanah runtuh yang disebabkan oleh pembalakan ataupun secara semulajadi. Pokok-pokok yang setelah ditebang dibiarkan ataupun runtuhan semulajadi yang menumbangkan pokok ini akan menyebabkan terhasilnya empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air, ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar. Hujan di kawasan tinggi (gunung) melebihi dari kebiasaan juga merupakan punca berlakunya fenomena seperti ini. Walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk ke sungai dengan kadar yang banyak dan laju. Disamping itu, gempa bumi turut menyumbang kepada berlaku nya fenomena kepala air ini.
Aliran air ini apabila hujan sangat besar dan deras dan boleh membawa segala macam kelodak, batu dan kayu balak. Selain itu, ia akan merempuh apa sahaja halangan di hadapannya.
Langkah keselamatan
- Tanda-tanda awal kejadian kepala air antaranya:
- Keadaan langit gelap di bahagian hulu sungai (kawasan puncak bukit) disertai dengan bunyi guruh yang kuat.
- Bunyi dentuman gerakan batu-batan atau air dari hulu sungai.
- Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air).
- Siren amaran berbunyi (di sesetengah tempat sahaja, seperti di kawasan Air Terjun Sekayu).
No comments:
Post a Comment