Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Tuesday 11 December 2012

Messi Padam Rekod Lama Mueller




Kejayaan melakar sejarah tersendiri dengan meledak 86 gol tahun ini tidak membawa sebarang makna buat Lionel Messi jika dia gagal membantu Barcelona meraih kejuaraan berganda musim ini.
















Penyerang antarabangsa Argentina itu berjaya mengatasi jumlah 85 gol dilakukan legenda, Gerd Mueller bersama Bayern Munich dan Jerman pada 1972 sebaik meledak dua gol ketika membantu The Catalan mengatasi Real Betis 2-1 dalam aksi Liga Sepanyol .
Begitupun, penyerang berusia 25 tahun itu tanpa berselindung mengakui, dia lebih gembira jika dapat membantu Barcelona menjuarai Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini berbanding rekod tersebut.
“Seperti yang saya katakan sebelum ini, ia sesuatu yang bagus apabila berjaya memecahkan rekod tetapi bagi saya, kejayaan bersama pasukan sesuatu yang jauh lebih penting.
“Saya berazam untuk memenangi lebih banyak kejuaraan bersama Barcelona seperti juara Liga Sepanyol, Piala Raja Sepanyol dan juga Liga Juara- Juara.
“Ia jauh lebih penting berbanding mengatasi rekod tertentu,” kata Messi.
Dalam perlawanan itu, Messi tidak menunggu lama untuk mengatasi rekod Mueller apabila tenang memecah kebuntuan gol seawal minit ke-16 sebelum menggandakan kelebihan Barcelona sembilan minit kemudian.
“Objektif utama saya musim ini ialah untuk membantu Barcelona merampas semula trofi Liga Sepanyol,” katanya yang turut tercalon untuk anugerah Ballon d’Or (Pemain Terbaik Dunia) bersama rakan sepasukan, Iniesta dan seteru utama daripada Real Madrid, Cristiano Ronaldo.
Untuk rekod, Messi telah mencetak 74 gol bersama Barcelona termasuk 12 gol yang diledak ketika bersama Argentina dalam 66 perlawanan keseluruhan tahun ini.
Pencapaian luar biasa Messi itu juga mengundang pujian jurulatih The Catalan, Tito Vilanova.
“Memang mustahil dapat meledak gol yang begitu banyak seperti Messi, jadi saya harap dia dapat menambah koleksi gol selepas ini.
“Sesuatu yang saya suka mengenai Messi ialah dia rajin membantu bahagian pertahanan biarpun sebagai penyerang,” kata Vilanova. – KOSMO

No comments:

Post a Comment