Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Thursday, 27 December 2012

Sel Darah Putih punca leukimia


Keadaan kanak-kanak yang menghidap leukemia mengundang simpati. Leukemia adalah kanser tisu yang menghasilkan darah, termasuk sumsum tulang dan sistem limfa.

Leukemia berasal daripada perkataan Greek bermaksud darah putih dan penyakit ini biasanya bermula dengan masalah sel darah putih.

Dalam keadaan normal, sel darah putih bertindak sebagai penghalang jangkitan yang membahagi secara teratur untuk menambah bilangannya dan leukemia mengganggu perjalanan proses ini.

Sum-sum tulang pesakit leukemia menghasilkan banyak sel darah putih berlainan bentuk dan tidak berfungsi dengan baik. Akhirnya, kehadiran sel darah putih yang terlalu banyak akan menghalang pembentukan sel darah putih yang normal dan menjejaskan kebolehan badan melawan jangkitan.

Sel leukemia ini juga mengganggu sel darah lain, termasuk sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan dan platlet yang membantu pembekuan darah untuk mengawal pendarahan.

Leukemia sebenarnya bukan penyakit kanak-kanak seperti disangkakan. Ada empat jenis utama leukemia dan hanya sebahagian yang menyerang kanak-kanak dan boleh membawa maut jika tidak mendapatkan rawatan.

Simptom Leukemia

Simptom leukemia berbeza-beza, tetapi secara umumnya pesakit mengalami demam dan letih berpanjangan, jangkitan yang susah sembuh, hilang selera makan, berat badan menurun, nodus limfa dan hati bengkak, mudah luka dan berdarah, kulit berbintik merah, berpeluh pada waktu malam dan sakit tulang.

Semua tanda ini bagaimanapun bergantung kepada jumlah sel darah putih yang terkumpul dalam badan pesakit. Biasanya, tanda awal leukemia sering dilepas pandang kerana ia menyamai simptom selesema dan penyakit biasa lain.

Doktor membahagikan punca leukemia mengikut jenisnya - akut dan limfositik. Dalam leukemia akut, sel darah yang tidak normal adalah sel tidak matang (blasts). Sel ini tidak boleh berfungsi secara normal dan membahagi dengan cepat. Jadi, penyakit mudah menjadi serius dan memerlukan rawatan segera yang agresif.

Dalam kes kronik membabitkan sel darah lebih matang, sel-sel darah ini akan mengganda dan berkumpul lebih perlahan, boleh berfungsi secara normal bagi satu tempoh tertentu. Sesetengah jenis leukemia kronik tidak menunjukkan simptom dan pesakit tidak mendapatkan rawatan hinggalah apabila sudah terlalu serius.

Klasifikasi kedua pula dibuat berdasarkan jenis darah putih yang terbabit. Leukemia limfositik memberi kesan kepada sel limfoid atau limfosit dan membentuk tisu limfoid atau limfa.

Tisu ini adalah komponen utama sistem imun badan yang ada di semua bahagian tubuh, termasuk nodus limfa, limpa dan tonsil.

Leukemia mielogenus pula membabitkan sel mieloid iaitu penghasilan sel darah (sel darah merah, putih dan platlet) dalam sumsum tulang tidak normal.

Antara jenis leukemia yang paling lazim adalah mieologenus akut (yang berlaku pada kanak-kanak dan orang dewasa), limfositik akut (biasanya pada kanak-kanak), mielogenus kronik (menyerang orang dewasa) dan limfositik kronik (dewasa).

Bagaimanapun, punca sebenar leukemia belum dapat dipastikan dengan tepat. Sehingga kini ia dipercayai berkaitan rapat dengan genetik dan faktor persekitaran.

Apa pun sebabnya, bilangan sel darah putih yang normal dan sihat akan melemahkan sistem pertahanan badan, menyebabkan pesakit mudah mendapat jangkitan, anemia dan pendarahan teruk. Sebaliknya, mempunyai terlalu banyak sel darah putih akan merosakkan fungsi sumsum tulang dan memasuki organ badan lain. Jika berlaku pendarahan atau jangkitan, ia boleh membawa maut.

Faktor Risiko dan Jenis Rawatan

Antara faktor risiko mendapat leukemia termasuk terapi kanser (kemo dan radioterapi), genetik, pendedahan kepada radiasi atau bahan kimia seperti benzene (dalam minyak tanpa plumbum, asap rokok dan bahan kimia industri). Bagaimanapun, biasanya orang yang kerap terdedah kepada faktor di atas tidak mendapat leukemia.

Jika anda mengalami simptom leukemia, segera jalani pemeriksaan kesihatan. Tidak seperti kanser lain, rawatan leukemia rumit kerana ia membabitkan sumsum tulang yang menghasilkan sel darah merah, putih dan platlet - yang sangat penting untuk hidup.

Jenis rawatan bergantung kepada banyak faktor, termasuk umur, keadaan kesihatan dan tahap penyakit. Cara paling utama adalah kemoterapi untuk membunuh sel leukemia secara pengambilan pil atau suntikan terus ke dalam salur darah.

Terapi biologi atau imunoterapi juga dijalankan untuk meningkatkan tindak balas sistem imun badan terhadap kanser. Manakala rawatan radiasi menggunakan sinar-x atau sinar bertenaga tinggi lain untuk memusnahkan sel leukemia dan menghalang pertumbuhannya.

Kaedah lain adalah pemindahan sumsum tulang. Dalam kaedah ini, pesakit diberi kemoterapi atau radiasi pada dos lebih tinggi untuk memusnahkan sel leukemia dalam sumsum tulang. Sumsum tulang diperoleh daripada penderma sesuai atau sumsum tulang pesakit sendiri.

Pemindahan sel stem lebih kurang sama dengan pemindahan sumsum tulang dan sel stem diambil daripada darah pesakit atau penderma. Kaedah ini lebih popular daripada pemindahan sumsum tulang kerana tempoh penyembuhan yang singkat dan kurang risiko jangkitan.

Menghidap kanser - sebarang jenis kanser adalah pengalaman paling mengerikan, terutama jika ia membabitkan anak kecil. Apa pun keadaan anda, ingat, anda tidak bersendirian.

Anda perlu kuatkan semangat menghadapi dugaan ini. Beberapa cara boleh dilakukan, termasuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai penyakit, kaedah rawatan dan kesan sampingannya.

Dapatkan sokongan keluarga. Jika tidak, sertailah kumpulan sokongan pesakit kanser. Ini penting untuk meningkatkan tindak balas badan terhadap rawatan. Berbual dengan pesakit yang senasib sedikit sebanyak akan membantu menguatkan semangat dan pengalaman orang lain boleh membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Buat rancangan mengubah kehidupan mengikut kemampuan anda. Pastikan anda meluangkan masa untuk diri, ambil makanan seimbang, bersenam dan dapatkan rehat yang cukup.

Kekalkan kehidupan yang aktif. Menghidap penyakit bukan bermakna anda perlu mengenepikan kegiatan digemari. Jika anda suka menyertai aktiviti kemasyarakatan, teruskan kerana ia membantu anda meningkatkan kualiti hidup.

2 comments:

  1. 💐Assalamualaikum slm sejahtera warga group📢
    💐 Jom viralkan berita baik ni untuk pesakit kanser

    1) Ni tentang hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 ambik penawar yang harga berpatutan tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.Sebelum tu nak pesan,jangan abaikan temujanji doktor kalau ada.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan asbab penawar ni yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil. Walaupon bahan semulajadi tapi amat berkesan sambil merawat bukan sekadar melegakan untuk sementara waktu.

    Saya rasa xlengkap kalau saya explain satu persatu setiap jenis ubat ni.Lebih baik tanya sendiri pengasasnya sebab tiap penyakit ade ubt yang khusus. Baik bertanya sendiri pada pengasasnya dan beritahu anda sakit apa.Dia akan explain semuanya.

    3)Pengasas jus ni dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser, ade ramai yg dh sembuh.


    Sy share melalui pengalaman sy sdri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni,sy sdri pon guna produk die dh 3thn.

    Sy nak share ubat ni pd org lain jugak, tiada penyakit yang tiada ubat selain daripada mati, cubalah sebab setiap penyakit ada harapan sembuh.Kelemahan hati + putus asa akan lebih memudarat kan penyakit.TAPI JANGAN ABAIKAN APOINTMENT DOKTOR kalau ada.

    Nanti kalau nak ikhtiar dgn ubatan dia,blh la join group whatsApp pejuang2 kanser,pengasas ada dalam group tu jugak, boleh la kenal2 pesakit die yg dh sembuh mcm yg sy knl,contohnye:
    ~~~~~~~~
    ▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dia dh sembuh walaupon doktor bgtau dia boleh hidup 1tahun je lagi.
    Dia mengarang sebuah buku berkenaan pengalaman sendiri melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sebagai rawatan alternatif selari dengan rawatan doktor (nk buku nti blh order)
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg dah sembuh dr kanser jus ni diambil selari dgn rawatan hospital.Apoinment x miss
    ~~~~~~~~
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Gurunya beritahu dia tak pernah nampak macam pesakit kanser tahap 4, sebab sentiasa nampak cergas.Asbab jus yang memberi tenaga dan merawat.Dia minum jus ni dari kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ~~~~~~~~
    ▪Nani Faiza - kanser Usus Tahap 4 dan ketulan kanser 10cm telah merebak ke hati, bersabar dan setia merawat dengan jus herba ini tanpa mudah putus asa,sekarang sudah sembuh sepenuh nye. sel kanser sudah tiada.
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Rugayah Jilani -
    Pesakit kanser payudara tahap 3B ketulan 10×10cm- sudah sembuh !
    ~~~~~~~~
    ▪Pn. Noridah Md Dom - Pesakit kanser ovari tahap 3 merebak ke tyroid dan lymph- sudah dapat kesan positif ,kesihatan beransur pulih.
    ~~~~~~~~

    ▪Puan Nor Sabariah
    - Ada asthma sejak 11tahun dulu
    -Selalu jatuh sakit sebab sesak nafas dan semput ,adakalanya kalau semput sampai tak mampu berdiri dan kena merangkak untuk bergerak
    -Sering bergantung pada inhaler setiap pagi
    -Setiap kali batuk teruk akan sesak nafas dan akan ke klinik untuk sedut gas
    -Lepas minum jus herba, dia xsemput lagi setiap kali batuk teruk. Dah xpergi klinik lagi sedut gas, setiap waktu pagi xperlu guna inhaler macam dulu.
    ~~~~~~~~
    5) Pesakit yang dah sembuh dari kanser menjalani kimo dan wajib minum jus kalau tak nanti effect dari kimo sangat ketara lemah nya jika tak ambil langsung.

    👍🏻In sya Allah nanti boleh join group wasap dan boleh pinjam semangat pejuang2 yg lain

    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa. Ia boleh diambil sebagai suplement.

    Call order wasap@call
    En mohd zuhairi 0174687570
    0174687570

    #sharing is caring

    ReplyDelete