Tuesday, 25 December 2012

Luar Biasa! Bayi Belum Pandai Berjalan Tetapi Boleh Berenang





Luar Biasa! Bayi Belum Pandai Berjalan Tetapi Boleh Berenang | Kanak-kanak pandai berenang? Ia mungkin biasa bagi kita. Namun jika bayi pandai berenang? Itu luar biasa bagi semua orang. KisahBest.My difahamkan bayi kembar ini mempunyai kebolehan luar biasa apabila mereka tahu berenangbiarpun masih belum pandai berjalan. Sebagai manusia yang normal, ia seperti satu yang sukar diterima lebih-lebih lagi bayi ini masih belum lagi cukup usia setahun.
bayi1

Mereka terlalu muda untuk berjalan dan bercakap tetapi bayi kembar, William dan Ellenita Trykush boleh berenang sejauh 25 meter pada usia hanya sembilan bulan.
Kembar berkenaan gemar berenang sambil menendang kaki mereka di dalam air.
Dan gambar menarik ini memaparkan mereka tersenyum sambil berenang.



bayi2

Pencapaian itu menjadi lebih menarik memandangkan kedua-duanya dilahirkan secara caesarean enam minggu lebih awal. Bakat luar biasa pasangan kembar itu mula dilihat ketika bercuti bersama keluarga di Cyprus Oktober lalu apabila mereka mula berenang tanpa bantuan.
Sekembalinya ke Cirenster, Gloustershire, ibu mereka, Charlotte, 3,5 membawa pasangan berkenaan ke kolam bayi tempatan apabila mereka tiba-tiba berenang. “Ia amat mengejutkan. Mulanya mereka berenang lima meter dan kemudian tujuh meter sebelum berenang sepanjang 12 meter,” kata Charlotte, wanita kelahiran Perancis yang juga bekas jurulatih renang.
“Memandangkan tidak ada orang di kolam dewasa, saya mencadangkan guru mereka mencuba di kolam renang besar itu.
“Mereka begitu riang. Mereka mula berenang sepanjang kolam itu dengan saya berenang di bawah mereka bagi memastikan kedua-duanya tidak menghadapi masalah dan memandu mereka jika tersalah arah.
“Ellie adalah yang pertama. William kelihatan meniru kakaknya. Kami sungguh gembira. Penyambut tetamu dan jurulatih renang datang melihat dan turut kagum.
Seorang jurulatih yang sudah mengajar selama 20 tahun berkata, ini kali pertama dia melihat keadaan seperti itu.
“Saya yakin ia semula jadi kerena mereka terlalu kecil untuk belajar berenang.” 






1 comment:

  1. nda ditag

    http://fadedmemories0811.blogspot.com/2012/12/huda-syafiqah-s-1st-giveaway.html

    ReplyDelete