Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday 30 December 2012

CINTA : 5 JENIS LELAKI YANG ANDA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN




CINTA : 5 JENIS LELAKI YANG ANDA PATUT PUTUSKAN HUBUNGAN | Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh diedar di Forum Tentang Cinta.sebelum baca klik di sini


cintaaa


1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun anda sudah mengenalinya sudah bertahun2. Ini bermakna bahawa anda bakan orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa dengan lelaki cenggitu.
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda (tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
P/S : Semoga ia bermanfaat untuk anda semua yang berada dialam percintaan =)

SOALAN HEBAT DARI GADIS KEPADA USTAZ AZHAR IDRUS


Sebelum tu klik SINI.SOALAN HEBAT DARI GADIS KEPADA USTAZ AZHAR IDRUS | Seperti yang kita tau facebook page Ustaz Azhar Idrus (Original) selalu dihujani dengan soalan-soalan tentang agama. Jika ada masa terluang, selalu baca soalan-soalan kat situ. Jom kita tengok apa yang menarik.
Mungkin bagi orang orang lain ini merupakan soalan yang biasa tapi kami tersentuh bila baca soalan dia. Soalan ini ditanya oleh seorang gadis yang masih remaja.

soalan hebat dari adik ini kepada uai
Bila orang lain bagi jawapan pada soalan tu, dia bagi respon macam ni.

Sekarang anak muda sudah kembali kepada agama walaupun program hiburan semakin banyak tetapi dengan pendekatan Ustaz Azhar Idrus telah berjaya menarik ramai anak muda kepada agama.





NGERI : PESAWAT TERHEMPAS DAN TAYARNYA TERKENA SEBUAH KERETA


sebelum tu klik sini .NGERI : PESAWAT TERHEMPAS DAN TAYARNYA TERKENA SEBUAH KERETA | Ianya terjadi di Russia dan empat penumpang Russia meninggal dunia.


Ngeri! Pesawat Kemalangan Dan Tayarnya Terkena Sebuah Kereta Di Mana Videonya Sempat Diambil-01








Pesawat Terhempas Dan Tayarnya Terkena Sebuah Kereta Di Mana Videonya Sempat Diambil Video yang diambil sangat mengejutkan di mana sebuah kereta terkena tayar pesawat di mana pesawat ini terhempas dan menyebabkan empat kematian.















Saturday 29 December 2012

HABISKAN RM 327 000 UNTUK KELIHATAN SEPERTI WATAK ANIME




Jacqueline Koh (29) ialah seorang pereka fesyen dari Singapura yang mejalani10 pembedahan plastik untuk merubah rupanya. Secara keseluruahan beliau telah membelanjakan SG 136k (RM327K) untuk merubah rupa beliau sejak dua tahun yang lalu. Beliau menjalani pembedahan liposuction, hidung, telinga, implan dagu serta kelopak mata bagi mendapatkan wajah idaman beliau. Jaqueline berkata beliau bukan seorang peminat anime tetapi tertarik dengan rupa ideal watak anime yang bermata besar dan berdagu tajam.






"Viganella", Kampung Yang Mencipta 'Matahari' Sendiri





Di Itali, ada sebuah perkampungan kecil, Viganella, yang terletak betul-betul di bawah sebuah lembah yang dikelilingi bukit bukau dan gunung ganang yang tinggi.

Masalah utama penduduknya ialah, dari pertengahan bulan November hingga awal Februari iaitu musim sejuk, kampung ini akan jadi gelap gelita kerana cahaya matahari tidak sampai ke kampung mereka.

Hanya selepas waktu tersebut, barulah penduduknya akan menikmati cahaya matahari dan selalunya kehadiran sinaran itu akan disambut meriah, mereka akan berpesta!

Pening dengan masalah tersebut, pelbagai usaha dicari bagi mengatasi keadaan ini.

Tiba-tiba datang seorang arkitek, Giacomo Bonzani ke kampung itu. Beliau melahirkan satu idea yang pelik tetapi akhirnya ia didapati berkesan.

Bonzani telah meletakkan sebuah cermin gergasi di satu sudut dekat pergunungan itu. Tujuannya bagi membolehkan cahaya matahari yang terkena pada cermin tersebut, memantul semula ke kampung berkenaan!






Akhirnya kampung yang selalunya gelap pada musim sejuk itu kembali menikmati cahaya matahari seperti sediakala.

Cermin gergasi itu bersaiz 40 kaki, lapan meter lebar dan lima meter tinggi. Ia diletakkan kira-kira 870 meter di atas perkampungan tersebut.







Bagi menambahkan lagi keberkesanan cermin itu, ia dikawal dengan satu perisian. Perisian itu boleh mengesan matahari dan ‘memberi arahan’ kepada panel cermin itu agar sentiasa menghalakan cahayanya ke bawah kampung berkenaan.

Sejak cermin gergasi itu dipasang lima tahun lalu, kampung berkenaan mula menjadi tumpuan ribuan pelancong yang mahu melihat keunikkannya.

Menurut Bonzani, ketika dia mula-mula mengutarakan idea tersebut, tiada siapa yang yakin tentang keberkesanannya.

” Tetapi saya percaya ia boleh membuahkan hasil. Saya yakin pada hukum fizik,” katanya.




Perut Kenyang Dengan Hanya Menghidu Cupcake




Pernah tak korang terfikir korang nak makan semua benda yang sedap tapi taknak gemuk? Sekarang korang boleh berbuat begitu. Sebuah syarikat yang dikenali sebagaiVaportrim telah mencipta sejenis inhaler yang mengandungi bau-bauan cupcake. 


Teknologi ini ialah sama seperti rokok elektronik. Korang hanya perlu hidu perisa cupcake kegemaran korang dan korang akan berasa kenyang dan tidak akan gemuk. Bagaimana benda ni boleh buat kenyang? Ok, menurut kajian, 70% hingga 75% benda yang korang rasa ialah sebenarnya bau. Bila korang hidu bau yang sedap, reseptor rasa akan menghantar mesej ke otak dan akan melepaskan hormon yang memberitahu badan korang yang korang sudah kenyang.


Kajian juga menunjukkan yang sedikit bau yang sedap akan menghasilkan perasaan kenyang sebelum perut merasakannya. Jadi, dengan penggunaan Vaportrim inhaler ni dapat membuatkan korang berasa kenyang dengan cepat dan korang akan makan sedikit dan menjadi lebih kurus. Hebat tak? 





haler Vaportrim ini mempunyai 14 perasa dan dijual dengan harga $9.95. Tapi belom ada kat Malaysia la. Sesuai la dengan rakyat kita yang suka makan banyak ni.














Suzy Bersama Ulat Gergasi Peliharaannya



Sape Suzy ni? Ntahla..aku pun tak tau. Jumpa cerita pasal dia n ulat kesayangan dia ni dekat forum CariGold. So, aku share la. Comel gak ulat dia ni..

#Fames kerana ulat, anda pula bagaimana?






























































Claude, Ketam Gergasi Seberat 7kg Ditemui Di Tasmania






Claude, Ketam Gergasi Seberat 7kg Ditemui Di Tasmania.
Ketam ini mempunyai diameter 38cm dan beratnya 7 kg. Jangan risau ketam ini takkan dimakan tetapi akan dipamerkan dalam sebuah akuarium. Beberapa restoran cuba membeli ketam tersebut untuk dijadikan hidangan dengan harga RM18,000 tetapi tawaran tersebut ditolak.





































Separuh Masa







Dulu kau telah diberitahu
Jangan menganggu dihujung minggu
Nanti diakan tahu
Rahsia engkau dan aku

Kita sudah sama setuju
Berjumpa hanya bila perlu
Karena kita sudah punya teman istimewa

Hanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu
Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari senin smpai jumaat saja
Jangan pulak kau mengharap perhatian selalu
Denganku ..

Jika kau tak terima khabar
Berarti dia ada disini
Jangan gatal meninggalkan pesan
Curiga dia nanti

Tak perlu kata-kata manja
Itu sudah sering kudengar
Dari dia yang tidak tahu adanya dirimu

Hanyalah kekasih separuh masa
Separuh lagi cinta untuk dia
Janganlah kau meminta lebih daripada itu

Kuhanyalah kekasih separuh masa
Dari senin sampai jumaat saja
Jangan pulak kau mengharap perhatian selalu ooo

Kuakui ada sesuatu antara kita
Tetapi kutahu bukan seperti biasa .. ooo





Apabila Kangaru Putus Cinta?




Seekor kangaru kelihatan tengah bermain di tepi pantai dan kemudiannya kangaru ini hilang dalam laut ini. Adakah kangaru ini bunuh diri kerana putus cinta?









TAMAT  

(T_T)




















Biar Tarikh PRU-13 Terus Jadi Teka-Teki – Muhyiddin




PUTRAJAYA: Beberapa hari lagi menjelang tahun baru 2013, tarikh sebenar Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) masih menjadi teka-teki umum.
Namun begitu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muyhiddin Yassin menyifatkan ia sebagai satu keseronokan untuk membuat teka-teki mengenai tarikh sebenar PRU Ke-13.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi gambaran yang sangat jelas bahawa PRU Ke-13 akan diadakan pada tahun depan.
“Bolehlah buat teka-teki tarikhnya bila… Seronok juga kerana ada peluang dengar teka-teki dan kalau kita dah buat (umum tarikh sebenar), kita tak ada ‘fun’ lagi,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat di Majlis Interaksi Timbalan Perdana Menteri Bersama Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Muda di sini, Jumaat.

imbalan perdana menteri berkata, orang ramai, termasuk ahli politik harus bersabar menunggu pengumuman rasmi perdana menteri mengenai tarikh PRU Ke-13.
“Kita tahu perdana menteri akan putuskan, cuma tinggal bulan dan minggu sahaja (belum umum). Bila masa yang paling sesuai, saya fikir tunggu sahajalah,” katanya.
Apabila ditanya sama ada perdana menteri akan menunggu sehingga Parlimen terbubar secara automatik pada April tahun depan, Muhyiddin berkata: “saya tidak tahu”.
“Apa yang saya tahu, kalau Perdana Menteri tidak jawab, takkan saya nak lebih pandai daripada Perdana Menteri. Tunggu sahajalah,” katanya.
Mandat kerajaan akan berakhir pada 28 April tahun depan dan secara automatik Parlimen akan terbubar dengan sendiri pada 29 April.

Isteri dipukul sampai mati, suami ditahan





ALOR SETAR – Pertengkaran sepasang suami isteri yang disyaki berpunca daripada perasaan cemburu berakhir dengan tragedi apabila wanita yang baru berkahwin enam bulan lalu itu ditemui mati di rumah mertuanya di Kampung Alor Gelegah di sini semalam.
Kejadian pukul 2 pagi itu mengakibatkan pembantu kedai, Nor Fatimah Anis Md. Radzi, 17, mati dengan kesan kecederaan di kedua-dua belah kaki dan tangan selain kesan luka di dahi.
Dia dipercayai dipukul dengan dua batang buluh sepanjang 0.89 meter di hadapan rumah tersebut.

Difahamkan, ketika kejadian, ibu dan bapa mertua mangsa tiada di rumah kerana pergi ke rumah anak mereka di Pahang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis percaya kejadian itu bermotifkan cemburu namun pihaknya masih menjalankan siasatan untuk mengetahui punca sebenar.
“Sebelum kejadian, pasangan itu dikatakan bertengkar di depan rumah sebelum mereka keluar dengan menunggang motosikal dan pulang 15 minit kemudian sambil diekori seorang lelaki yang menaiki motosikal berasingan.
“Sebaik tiba di rumah, suami wanita itu dan lelaki tersebut bergaduh. Semasa pergaduhan itu, mangsa cedera selepas dipukul di kepala dengan objek keras,” katanya kepada pemberita di sini.
Lelaki itu kemudian beredar manakala suami mangsa membawa isterinya masuk ke dalam rumah.
Menurut Mohd. Zakaria, polis telah menahan tiga lelaki termasuk suami mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an. Dua lelaki itu merupakan kenalan pasangan tersebut.
“Kita anggap kes ini selesai dengan penangkapan tersebut,” katanya yang memberitahu mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali memberitahu, dia bergegas ke rumah mangsa yang terletak berdekatan dengan kediamannya selepas terdengar pasangan itu bertengkar.


























Thursday 27 December 2012

Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal






Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”
Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka
Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.
Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.
Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah
Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”