Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Sunday 16 December 2012

Gempar! Kehidupan ditemui di planet Marikh

Pada 26 November 2011, pihak NASA telah menghantar sebuah kenderaan Mars Rover yang paling terbaru iaituCuriosity Rover yang bersaiz sebuah SUV dan telah selamat mendarat di permukaan planet Marikh pada 6 August 2012, kira2 10 bulan selepas ia berlepas dari bumi. Antara misi penjelajahan ini adalah untuk mengambil banyak lagi gambar2 di permukaan planet Marikh yang berdefinasi tinggi serta membuat penyelidikan sama ada planet ini sesuai dan berpotensi untuk didiami oleh manusia. Klik sini untuk baca 10 fakta menarik mengenai misi penjelajahan Curiosity yang menelan belanja hampir USD$2.5 billion ini. Berikut merupakan footage gambar berwarna pertama yang berjaya dirakam sejurus ia tiba di sana. 


Landspace di planet Marikh yang jaraknya lebih 225 juta kilometer dari bumi ini nampaknya tak ubah seperti di bumi, cuma warna langitnya yang berwarna kemerah2an dan tanahnya serba tandus tanpa sebarang kehidupan. Tapi, betul ke tiada kehidupan di Planet Marikh? 


Curiosity Rover sebesar SUV yang berkuasa nuklear

Gambar hitam putih pertama yang dihantar selepas mendarat

Gambaran artis ketika pendaratan Curiosity Rover di planet Marikh

 Gambaran artis Curiosity Rover sedang menjelajah permukaan Marikh

Namun perkara yang paling menggemparkan pihak NASA dan juga semua penduduk bumi adalah apabila kKenderaan ini juga berjaya merakam sebuah lagi footage yang di dalamnya kelihatan seperti terdapat makhluk yang seakan2 manusia sedang menuruni bukit. Kalau betul ianya sejenis kehidupan, maka nampaknya manusia juga berkemungkinan boleh hidup dan membina tamadun di planet merah ini.


Setelah di zoom 100x, nampaknya memang kelihatan seperti manusia, mempunyai kepala, badan dan tangan. Mungkin lepas ni Malaysia boleh hantar pula angkasawan kedua Malaysia iaitu Dr. Faiz Khaleed untuk ke planet Marikh untuk memulakan kehidupan di sana.


Nampaknya gambar makhluk asing ini semakin jelas kelihatan setelah di zoom 500x, adakah ia sejenis kehidupan yang tamadunnya lebih tinggi dan maju daripada kehidupan manusia di bumi, atau ia sejenis kehidupan primitif yang langsung tiada sebarang teknologi. 


Adakah mereka tidak berbahaya dan mendatangkan sebarang ancaman kepada manusia di bumi? Adakah mereka boleh hidup bersama2 kita tanpa sebarang prajudis, batasan komunikasi dan budaya? Dan setelah di zoom 1000x, inilah gambar yang dinanti2kan yang juga telah disahkan oleh pihak NASA suatu penemuan baru bahawasanya memang terdapat kehidupan di planet Marikh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Dan berikut adalah 2 lagi gambar rakan makhluk tersebut yang sempat dirakam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Oh btw, lagi 20 tahun manusia bakal berpindah ke planet Marikh untuk membina penempatan baru di sana bersama penduduknya kerana bilangan populasi penduduk dunia semakin bertambah dan dijangka Bumi kita tidak dapat lagi menampung kepadatan manusia yang terlalu ramai ini. Tapi bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran di planet Marikh, manusia perlu memakai suit Buzz Lightyear ini

No comments:

Post a Comment