Saturday, 15 December 2012

Resepi Udang Serai










Bahan-Bahan:

800 gm udang (digoreng terlebih dahulu hingga garing)

Minyak masak

2 batang serai

20 gm bawang putih (dicincang)

60 gm bawang merah (dicincang)

20 gm daun kunyit (dihiris halus)

1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)

3 sudu makan sos tiram

30 gm cili kering (direndam dan dihiris tanpa biji)

2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis

1 cawan air

1 biji air limau nipis

Sedikit tepung jagung dicampur sedikit air

Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan seperti serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, cili kering, kesemuanya anda kisar terlebih dahulu.



Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak, masukkan bawang, putih, bawang merah dan kacau hingga naik bau. Masukkan jintan manis, serai, daun kunyit, cili kering dan kacau hingga rata

2. Masukkan udang, sos tiram, serbuk pati ikan bilis, air dan kacau seketika.

3. Masukkan air limau nipis, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan bacuhan tepung jagung

No comments:

Post a Comment