Kisah Seram Di Genting
Highlands
Kisah ini telah dipetik dari sebuah blog mengenai
beberapa siri kisah seram melibatkan kawasan peranginan Genting Highlands.
Mungkin ini cerita lama dan mungkin juga bangunan-bangunan yang dikatakan
berhantu sudah berubah. Jom baca kisah seram di bawah ini.
Genting Highlands atau Tanah Tinggi Genting adalah
satu kawasan yang menghimpunkan beberapa tempat penginapan di satu kawasan seperti First World, Resort Hotel,
Highlands Hotel dan Theme Park Resort. Genting Highlands berasa di paras 1860m
di atas bukit. Seperti yang kita tahu, pelbagai cara untuk kita mencapai ke
puncak ini; bas, teksi, dan kereta gondola yang terpantas di dunia dan
terpanjang di Asia Tenggara.
Apa yang orang minat sangat nak pergi ke Genting ada dua
sebab. Satu untuk pergi ke Theme Park dan yang kedua majoritinya pergi ke
Genting untuk berjudi di Kasino. Mana taknya, Kasino Genting
ini
Menang award World’s
Leading Casino Resort, World Travel Awards 2005/2007/2008/2009/2010, Asia ’s
Leading Casino Resort dan World Travel Awards
2005/2006/2007/2008/2009/2010.
Jadi segala misterinya bermula di sini. Menurut sumber
orang ramai, terdapat satu bilik yang private di dalam Kasino ini kecuali untuk
VVVIP yang tertentu sahaja. Sumber menyatakan di dalamnya terletaknya sekuntum
bunga teratai emas. Teratai Emas ini seolah-olah menjadi “tukang tilik nasib”
bagi semua mereka yang datang berjudi di sini. Kenapa? Sebab waktu bunga
tersebut mengembang, ramai penjudi akan menang dan jika bunga ini tidak
mengembang, semua keuntungan akan pergi ke Kasino. Dengar kata, di dalam bilik
ini juga terdapat Sami-Sami yang berjaga di dalam itu. Apa kes perlu sami ini?
Sebab ramai orang dikatakan membawa “Belaan/Makhluk” untuk memberi mereka
kemenangan, jadi semua “Belaan” ini akan disekat di pintu masuk Kasino sekiranya
Sami-Sami ini dapat tahu ada orang bawa.
Satu lagi, terdapat tempat parking yang berada di selekoh
yang menghampiri Genting, dikatakan tempat letak kereta mereka yang membawa
“Belaan” kerana di atas sana semua “Belaan” ini akan dikesan oleh pihak Genting.
Jadi “Belaan” ini semua terpaksa tinggal di situ.Memang pihak Genting tidak
membenarkan sesiapa untuk membawa “Belaan” mereka, oleh itu terdapat tokong dan
Jin Besar di Genting untuk menghalang semua ini.
Ini cerita Kasino dan juga di Tempat Letak Kereta,
sekarang mari kita lihat pula misteri di tempat penginapan dan pangsapuri di
Genting.
1. Amber Court
Ini merupakan tempat yang paling menakutkan dan memang
ramai orang cerita kena kacau kat sini. Dan yang paling penting, even mereka
yang tinggal di First World Hotel serta menghadap ke Amber Court pun kena kacau.
Terdapat juga satu bilik private seperti di Kasino di mana mereka menyimpan
jin-jin mereka di Amber Court. Menurut sumber, management selalu bagitau untuk
jangan kacau bilik ini atau buka bilik ini dan itu. Tapi kenapa? Apa sebabnya?
Biliknya seperti di bawah ini:
Macam mana mereka yang tinggal sini dikacau:
-Tv terpadam dan terbuka sendiri
-Orang bertukang malam-malam
-Perempuan mengilai
-Budak menangis
-Perempuan memanggil (panggil penginap kat situ
la)
-Dengar tapak kasut dari luar
-Pintu diketuk
-Terasa diperhatikan
Ini kata seorang penghuni di sana:
“amber court ngan billion court mmg
berhantu. member aku kene kacau ngan ju-on kat situ. dia cangkung masa member
aku tgh mandi. staff genting pun cakap tempat tu mmg barhantu.kitorg mmg cadang
nk stay sbb nk tgk hantu tp masa drive pegi sana mlm2 mmg agak spooky. tp xigt
nape xjadi stay.”
“aku
tidur, tetiba tingkap bilik kena ketuk bertalu2…aku punyalah takut……..mula2 malu
nak kecoh2, malu dgn roomate aku…lama2 hilang malu, takut punya pasal,aku nangis
sampai member aku terjaga…bila sama2 takut, dua2 menjerit, “Woi… kitaorang
ngantuk lah…nak tidur… pegi main jauh2.. kita orang tak der masa nak layan
ko..”…aku dah stop jerit. member aku pulak pegi belasah tingkap tu dgn bantal,
bantai tingkap tuh cukup2…pastu baru diam…”
“aku
nk citer pasal amber court ni…bulan lepas pukul 2 pagi memang ada lepak sana
tapi lepak kt bawah jer lah…sunyi nyerr tempat tu sampai jer terus paking depan
hotel tu ada tempat duduk bawah lampu tu…baru jer berapa minit lepak2 dgn
member2 kat situ …hehehhh nak taw apa jadii…..kedengaran satu jeritannn dari
bawah paking pastu ada bunyik melolong dari tingkat atass sekali….aku nk blah
dahh masuk dlm kreta..cam bangsatt bunyikk tu..bunyik jerit sama macam dlm movie
hantu…tapi member2 rilexs jer…kalau korang nk tahu lanjut korang boleh datang
lepak kt bawah tu malam2 pastu sembang dagn pak guard kat situ…hahahhah macm2
dia citer…kat situ sebenarnya port bunuh diri…”
2. Apartment
Ria
Ini cerita
apa yang mereka kata pernah berlaku di sini dan mungkin menjadi sebab ianya
berhantu:
“kononnya dalam bilik tuh ada seorang
lelaki cina yang telah membunuh diri dengan mengelar-gelar badannya dan kemudian
menggantungkan dirinya di tengah-tengah rumah tersebut……… setiap hari kejadian
yang berlaku itu akan berulang-ulang kembali dan ada penghuni hotel yang penah
terserempak dengan lelaki cina tersebut dengan keadaan badan berlumuran darah..
memang menyeramkan suasana di dalam bilik hotel tersebut….. sehingga kini, bilik
tersebut tidak pernah di buka dan di palang dengan kayu…. kalau ada di antara
anda yang penah mendiami hotel tersebut, pasti anda akan perasan ada sebuah
bilik bilik yang telah di palang dengan kayu…. “
Ini yang berlaku di sini:
-Bunyi orang pindah rumah, bunyi ‘ting’ seperti oven dah
panas, bunyi lesung ditumbuk dan lain-lain lagi
-Bunyi lif yang selalu terbukak (tapi bila tengok tak
bukak pon)
-Ada masa lif akan stop sendiri di tingkat-tingkat
tertentu, sampai tutup pun dia akan terbukak balik.. (Kalau nasib tak
baik,nampak la pape)
-Terasa diperhatikan,di penjuru bilik
-Ada ‘orang’ lain dalam apartmen
Ini cerita mereka di Apartment Ria:
“hishh apartment RIA mmg ade
sesuatu..kat sume penjuru pon rase scary je..die punye bilik pon seram je..tapi
aku ni stok berani aaa gak..ade skali aku masuk 1 bilik ni (1 unit 2 bilik)
before tu x rase ape pon normal je..skali bile masuk je bilik tu sbb nak amik
bantal tetibe je bulu roma naik..rase cam seram jerr..mcm ade mende je kek bilik
tu…pehtu memalam ade bunyi ‘tinng’. mcm bunyi bile oven dah
panas.”
3. First World
Hotel
Ini hotel yang pernah menjadi Hotel Terbesar di dunia
sebelum ini. Setakat ini, dah lebih dari 20 kali stay kat sini tapi nasib baik
belum pernah mengalaminya satu. Tapi ramai juga yang dah kena kacau di
sini.
Ini kesnya:
-Ada orang berjalan dari atas katil, memang terasa tilam
korang penyek time ‘benda’ tu berjalan, serta dengar bunyinya skali
-Darah keluar dari tingkat atas,nampak kat cermin
tingkap
-Nampak kelibat orang terjun dari atas, berbaju
merah
-Kelibat wanita berambut panjang mengurai, dalam
bilik
-Tv terbuka sendiri, takde siaran
Ini cerita dari orang yang mengalaminya:
kat
1st world pun seram aku dgr cita membe akum ada pompuan rmbut panjang mengurai
dok tunggu tepi katil tu yg diorg cita la tapi aku ada pegi stay kt 1st world
last 2yrs tak ingat tower brapa dh penat kt theme park dia, so kitorg pn mls nk
balik stay sana mlm tu mlm tu aku x leh tido rasa cam ada org dok usha je aku
baring pastu cam dengar bunyi tv on (bunyi yg x de siaran tu), padahal aku dh
off pun membe aku kt katil 1 lg dh slamat dengko aku rs aku tido pn still bukak
mata smpai pagi sunyi sepi genting tu kalu tgh mlm
4. Cradle Rock
Tempat ini juga dikatakan juga agak “keras”. Ini
ceritanya:
budak genting panggey tempat tu BATU
BERAYUN…sbab kedudukan batu macam tergantung…alah korang misti perasan
punyer…kalo pegi sana sebab tempat tu kat tepi jalan je….kat situ slalu gak ade
budak kene sakat sebab merendek kat situ,depa kata kat situ ade kes suicide tapi
da lame la…membe aku kene kat situ…dia gi jalan2 malam la time tu.dia nih slalu
lpas keje pg jejaln kat area tu ader 1 mlm, tu nasib tak baik..nampak la bende
tu…nampak cam pompuan nangis2……………..ingat nak tolong la..pegi tanya…..makin lama
makin kuat nangisnya..dari nangis tuka mengilai kuat…nasib baik membe aku ni
kire kuat gak la..die blah slow2, besok demam gak la 2 hari.