Bahasa
Inggeris sekarang ni satu keperluan dalam kehidupan. Malah boleh buat duit.Anak
pandai bahasa inggeris boleh hantar masuk ‘Spell It Right’. Hadiah ribu ribu tu.
Mak ayah tak pandai berbahasa inggeris, macam mana nak ajar anak ni?
Jom
baca tips berikut…
1.
Kita boleh pupuk minat anak terhadap bahasa Inggeris dari dalam kandungan lagi.
Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa
Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak
lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti
lagu-lagu nasyid Yusuf Islam sekarang ni Maher Zain tengah glamer!
2.
Nanti bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak dalam bahasa Inggeris.
Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah
cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam
kedua2 bahasa, InsyaAllah.
3.
Guna sumber pengajaran seperti flash card, poster, vcd, cd dan lain2
untuk wujudkan persekitaran yang sesuai untuk anak belajar.
4. Jangan jadikan kelemahan kita dalam bahasa Inggeris
sebagai alasan untuk tidak mendedahkan anak kepada bahasa Inggeris dari
peringkat awal lagi. Mak ayah kena berkorban sedikit. Belajar balik bahasa
Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak payah mahir untuk mengajar mereka sebab anda
sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk mengajar.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
5. Flash Card sangat berkesan untuk kenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana flash card mempunyai gambar/imej. Gunakan permainan2flash card yang menarik untuk mengajar mereka.
6.
Jangan malu dan segan untuk ajar anak-anak dikhalayak ramai. Abaikan pandangan
sinis orang lain. Yang penting anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dan bila
masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains
dan matematik.
7.
Ingat, bila seseorang kanak-kanak mahir dalam sesuatu bahasa, IQ mereka juga
akan meningkat.
8.
Kalau ada yang kita tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.
9. Beli buku-buku cerita yang menarik yang banyak
gambar2 untuk anak-anak . Kalau diorang minat kartun,tak salah belikan komik
dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa. Tapi
Sinchan jangan beli. Unsur lucah merata rata!
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Bed time story maybe membantu. Pupukkan sikap suka membaca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.
11.
Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team
effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau
mertua untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.
12.
Kalau mampu hantar la ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau tak ada
budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan
berkesan.
13. Kenali minat anak anda. Kalau dia minat Sesame
Street belilah vcd2 Sesame Street.Bagi semangat sikit nak belajar. Bila anak
seronok diorang akan enjoy belajar english.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Dora Explorer, Barney & Friends dan lain. Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, kat Astro banyak rancangan2 bahasa Inggeris.
15.
Jangan paksa atau beri tekanan kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang
mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar.
So kita kenalah cari teknik2 pengajaran yang tak boring. Kalau nak ajar tak
payah lama lama dan cari masa yang sesuai bila dia orang boleh beri lebih
tumpuan.
16.
Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah . Pastu terangkanlah kepada
mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada
mereka sebab mereka ni mudah lupa.
17.
Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!
18.
Jangan risau, anak anak tak akan pening kalau didedahkan kepada dua bahasa dari
kecik. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua
bahasa.
19.
Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa
Inggeris atau campur dalam ayat anda.
20.
Jangan guna bahasa bayi, maksudnya pronounce jangan pelat pelat. Sebut betul
betul dan guna ayat yang betul grammar dia.
21.
Kalau anak sebut tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan mengulang semula
apa yang mereka sebut tu.
22.
Belajar balik bahasa Inggeris. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah
ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or
kadang2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.
23.
Selain dari mengguna flash card anda juga boleh gunakan kad perkataan. Yang ni
tak ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Beli je kad kad untuk buat nota
yang bersaiz poket. Tulis perkataan baru dan cuba jadikan ianya ‘fun’ bersama
anak anak.
24.
Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa
Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay.
25.
Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa
kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak
label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini
anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang
perlu disebut.
Huhhh,
nak mendidik anak bukan satu benda yang senang. Pandai buat anak pandai lah
didik anak kan? Ingat English is fun, seronok bila kita tahu cara yang betul
untuk mengajar anak anak kan?


No comments:
Post a Comment