Jom
baca dan amalkan bersama semoga kita boleh mendapat manfaat dan keberkatan
bersama 
1.
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka, syaitan sangat
kasih orang yang begini. Kalau tertidur lain cerita.
2.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau
terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. Kata ulama, kuman dari dalam
tandas akan mengikut kaki kita semasa keluar dari tandas. Kata orang tua2, masuk
tandas tanpa alas kaki mewarisi kepapaan.
3.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia
membahayakan. Orang tua-tua berpesan minum atau makan pada bekas retak/sumbing
membawa malang.
4.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan
mewarisi kepapaan. Bekas makanan yang dibiarkan bermalam, membawa
penyakit.
5.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana keluar kerja
berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6.
Jangan tidur selepas solat asar atau pada waktu asar. Makruh dan mewarisi gila /
penyakit mental. Kalau tak kena pada diri kita, ia akan kena pada anak atau cucu
kita pula.
7.
Jangan tidur selepas solat maghrib atau pada waktu maghrib. Mudah dirasuk
syaitan dan mudah terkena sakit belakang dan sakit kepala.
8.
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi
syaitan.
9.
Jangan makan makanan laut bersama makanan darat serentak. Bahaya pada perut dan
toksin di dalam badan.
10.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, atau keluar tanpa tujuan
yang baik. Takut-takut kita mati dalam perjalanan, tidak dapat pahala. Tuhan pun
tidak redha pada kita.
11.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan atau sebelah kaki saja
berkasut. Makruh dan mewarisi kepapaan.
12.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Bahaya berbuat begitu semasa memandu, mudah berlanggar atau terbabas. Kalau naik
helikopter pun, mudah terbabas agaknya..
13.
Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. Punca hati jadi
tidak tenteram. Punca orang yang solat tidak pernah khusyuk.
14.
Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa, kerana malaikat maut tidak
menunggu kita bertaubat baru nak ditarik nyawa.
15.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita
bersalah. Tuhan suka orang yang merendah diri. Orang yang meminta maaf tidak
pernah rugi di akhirat.
16.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan, kita hilang
bahagia.
17.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong
apaaila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
18.
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan
rezeki kita, menolak bala bencana.
19.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Banyak gelak lambang kelalaian. Banyak
gelak juga menggelapkan hati.
20.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan
kasih orang kepada kita.
21.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
22.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup
di sana lebih lama dan kekal selamanya. Hidup di dunia ini amat pendek &
tidak perlu disusahkan hati olehnya.
23.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN… Sebab semuanya untuk
keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaan-Nya.
Sepandai-pandai kita, tetap jahil juga dengan hikmah kejadian makhluk
Allah.
24.
Jangan banyak bersoal tentang dalil, hujah, asbab, atau meminta perician sesuatu
hukum atau perkara, ia punca Bani Israel mendapat susah dan akhirnya dimurkai
Allah. Terima seadanya dan bertanya yang perlu saja. Iaitu yang dapat membawa
kita lebih dekat dengan pencipta, bukan yang menambah ego diri
sendiri.
25.
Jangan tak baca artikel ini dan ambil ikhtibar dari artikel ini. Hehe..
.
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua
.
p/s : Jangan lupa share kat kawan facebook semua


No comments:
Post a Comment