Menakjubkan!
Kami yakin anda pernah melihat keadaan sungai di kota
Manila yang terkenal dengan lambakan sampah yang menjijikkan. Ini adalah kerana
kehadiran rumah setinggan di tebing-tebing sungai. Sampah yang dibuang dari
rumah setinggan ini mengakibatkan Sungai Pasig menjadi antara sungai paling
tercermar di dunia. Sekitar 1990an kualiti air sungai ini sangatlah teruk
sehingga Jabatan Alam Sekitar Filipina mengishtiharkannya tidak lagi mampu
menampung kehidupan biologikal. Sungguhpun begitu penduduk setinggan diatas
Sungai Pasig masih mandi manda dan meminum air dari sungai yang maha tercemar
ini.
Pada tahun 1999 projek pemulihan Sungai Pasig dimulakan. Projek bernilai USD200 (RM 600 Juta) yang akan dijalankan beransur-ansur dalam tempoh 15 tahun.Sepanjang tempoh itu 750 000 orang penduduk setinggan dipindahkan ke penempatan baru yang dibina kerajaan. Sungai Pasig dibersihkan dan didalamkan bagi memudahkannya mengalir. Selain itu oksigen juga dipam kedalam air bagi membenarkan ia menampung kehidupan biologikal. Hasilnya ialah Sungai Pasig kini kelihatan cantik dan bersih.
Laporan asal Yahoo

No comments:
Post a Comment