Dari
kita kecik, aktiviti korek telinga dah jadi kebiasaan sebab memang diajar
berbuat sedemikian. Baik dengan menggunakan putik kapas atau benda-benda
tajam(secara spesifiknya pin rambut), KOREK TELINGA dah jadi satu rutin mingguan
ataupun bulanan kita semua. Ada setengah tu, bila telinga rasa gatal je terus
korek nak hilangkan gatal.
Kita
korek telinga dengan tujuan nak cuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat
dengan tahi telinga. Tapi kita tak tahu, korek telinga sama ada guna putik kapas
@ pin rambut sebenarnya bahaya walaupun kita rasa selamat sebab putik kapas tu
lembut. Memang susah kita nak percaya, sebab tak jadi apa apa pun kan selama
kita menggorek telinga.
Cuba
tengok ni:
Gambar
kat atas ni menunjukkan apa yang berlaku kalau kita korek telinga kita terlalu
dalam sampai masuk ke kawasan telinga tengah dan menyebabkan pendarahan. Ok jom
kita tengok struktur telinga kita dengan lebih detail.
Tempat
yang tertembus tadi tu, sebenarnya adalah gegendang telinga. Kalau ini terjadi
masa kita korek telinga, besar kemungkinan kita boleh pekak & mesti lah
sangat ngeri kan. Tapi itu lah yang kita jadikan rutin, sebab kita rasa ada
benda dalam telinga kita yang kita panggil tahi telinga dan kita selalu cakap,
‘Dah nama pun taik mesti lah kena buang!’.
Telinga
kita ni dicipta dengan mekanisme membuang kotoran yang ada pada telinga. Sama
juga macam bulu mata yang melindungi mata serta bulu hidung yang melindungi
hidung daripada habuk. Telinga pun ada mekanismenya sendiri. Benda yang kita
panggil tahi telinga itulah yang sebenarnya menjadi agen pembersih telinga
daripada kotoran.
Dan
kita sebenarnya tak perlu susah-susah nak bersihkan, kotoran itu akan keluar
sendiri. Taik telinga ni cair dan sentiasa reproduce. Jadi kalau nak
bersihkan, bersihkan bahagian luar telinga je. Tak perlu korek dalam-dalam.
Selagi taik telinga tak tergumpal sampai tersumbat & menghalang bunyi
masuk ke telinga dalam, kita tak payah nak korek & buang tahi tu.
Kesan Mengorek Telinga
Tahi
telinga@ear wax terhasil daripada proses fisiologi dalam diri kita dan
dihasilkan dalam jumlah yang amat sikit. Yang menjadikannya banyak ialah
tindakan kita yang sering mengganggu proses mencuci tahi telinga yang sepatutnya
berlaku tanpa gangguan.
Rerambut
halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah di programkan untuk
‘menyapu keluar‘ tahi telinga. Sebabkan tu lah siapa yang tak gunakan
putik kapas, akan terasa macam ada debu kat kawasan cuping telinga.
Debu
tu sebenarnya, tahi telinga yang disapu keluar dari telinga kita. Bila mekanisma
ini diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah tahi telinga akan terkumpul
dan terperosok ke bahagian yang lebih dalam.
Sampai
ke suatu tahap, bila telinga dah tersumbat kita mungkin mengalami kurang dengar
konduktif (conductive hearing loss). Telinga kita bentuknya bersudut.
Kalau kita suka korek dalam-dalam, boleh sebabkan telinga melecet dan akan jadi
bengkak-bengkak, berdarah dan bernanah.
Kesimpulannya,
jagalah telinga elok-elok. Jangan menzalimi telinga kita dengan rutin menggorek
telinga.


No comments:
Post a Comment