INFO : Langkah - Langkah Mengelakkan Rumah Anda Dipecah Masuk Pencuri
1. Pastikan dinding rumah anda ditampal poster
- poster lelaki maskulin dan seksi sedangkan penghuni rumah anda adalah lelaki.
Hal ini akan membangkitkan suatu perasaan yang semacam pelik kepada pencuri yang
memasukki rumah anda lalu membuatkan pencuri muntah buih dan berlari keluar dari
rumah anda.
2. Sebelum keluar rumah, pastikan air shower
anda dibuka. Hal ini bertujuan untuk menaikkan mood atau suasana bahawa rumah
anda tidak kosong. Apabila pencuri masuk kerumah anda pasti mereka akan gabra
anjing kerana menggangap tuan rumah ada di dalam rumah.
3. Dekorasikan ruang tamu anda seperti tempat
pemujaan hantu, jin afrit dan jembalang. Pastikan Kemenyan sentiasa berasap bagi
mewujudkan persekitaran yang seram tahap syaitan. Unsur - unsur khurafat dan
syirik ini sudah semestinya dapat menakut nakutkan pencuri kerana mereka lebih
takutkan hantu dari Tuhan Yang Satu!
4. Di dapur rumah anda, letakkan keratan
tangan, kaki, telinga dan hidung palsu manusia serta lumurkan darah pada
bahagian - bahagian tersebut. Susunkan anggota badan tersebut dengan kemas.
Apabila pencuri memecah masuk kerumah anda, mereka pasti akan cirit mirit dan
berpeluh tahap jogging dalam guni kerana beranggapan tuan rumah tersebut seorang
karnibal yang memakan daging manusia.
5. Letakkan duit dan barang kemas anda didalam
perangkap tikus sebagai umpan. tindakkan ini seolah - olah mengejek pencuri
tersebut. Hal ini membuatkan pencuri tersebut bengang lalu meninggalkan rumah
anda dengan hati yang sayu dan pilu.


No comments:
Post a Comment