Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday, 30 January 2013

Hadiah Untuk Suamiku?

Adakah anda ingin memberikan hadiah untuk suami anda pada hari ulang tahun atau hari jadi sebagai tanda cinta anda? Pakar Cinta pastinya berkata YA!
Jika anda berkata YA, beberapa perkara berikut perlu anda perhatikan untuk memilih hadiah yang sesuai untuk suami!
1. Sesuaikan dengan minat suami.
Hadiahkan sesuatu benda yang  ada kaitan dengan suami anda seperti minatnya, hobinya, makanan kegemarannya dan sebagainya. Gunakan hadiah itu dan luangkan masa anda sepenuhnya walaupun aktiviti itu mungkin tidak disukai oleh anda seperti memancing ataupun lain.
2. Nilai merupakan perhatian yang utama.
Hadiah tidak semestinya barangan yang mahal. Bentuk hadiah yang seperti menarik perhatian anda kepadanya sudah mencukupi. Mungkin anda boleh menemani suami anda membaiki kereta dan kotor sama-sama. Perasaan ini akan membuahkan naluri romantis dalam jiwa anda dan suami.
3. Jangan berikan hadiah yang menyinggung secara tidak langsung.
Buat pertimbangan dengan baik hadiah yang tidak akan menyinggung perasaaan suami anda. Contohnya, anda menghadiahkannya suami pil pelangsing atau sebagainya. Fikirkan bahawa hadiah berikut mungkin menyinggungya. Anda boleh menggantikannya dengan memberi pakaian sukan atau sebagainya.
4. Ambil sifat tahu
Jika suami anda seorang yang jenis pendiam, ambil tahu minatnya melalui sanak saudara atau keluarganya. Mungkin suami anda itu pernah meluahkan kepada mereka.
Sebagai contohnya suami anda pernah mengatakan bahawa rambut panjang lebih menawan. Sebagai hadiah untuk suami anda, anda boleh dan tidak menggunting rambut serta menjaganya dengan rapi sehingga panjang khas untuk suami yang tersayang!
 
Selamat mencuba yea!
Semoga hadiah anda pada tahun ini lebih bermakna dan romantis. Semoga hubungan anda kekal romantik sehingga akhir hayat! Peacee.. :)

No comments:

Post a Comment