Tips Cinta Ini, Ku Dedikasikan Buat Saudari Seagamaku..
Saudariku..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah, lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga harum, aromamu boleh menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun..
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang, lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar. Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya. Serta kilauan warnanya yang memancar indah.
Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang, lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar. Dari kejauhan sudah tercium akan keharumannya. Serta kilauan warnanya yang memancar indah.
Mengundang kekaguman terhadap sang kumbang. Tapi awas, duri yang melingkari itu boleh juga membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.
Saudariku..
Aku suka sekiranya kau seperti mawar. Yang tercermin pada setiap diri mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu. Yang bertiangkan rasa keimanan. Dan keindahan taqwa kepada Allah.
Aku suka sekiranya kau seperti mawar. Yang tercermin pada setiap diri mujahidah. Bentengilah dirimu dengan perasaan malu. Yang bertiangkan rasa keimanan. Dan keindahan taqwa kepada Allah.
Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhu. Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya.
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang tampak. Umpama sebutir permata yang dipamerkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu tempat yang tertutup.
Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terlihat. Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam..
Namun..
Ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi. Kerana ianya bercangkang nafsu serakah serta material yang bersarang dalam dirinya. Lebih-lebih lagi atribut gadis moden yang ianya miliki, sudah pastinya darah mudanya memudarkan rasa keimanan yang ada. Maka berhati-hatilah saudariku..

Namun ingatlah saudariku..
Sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang penting saudariku, engkau mesti punyai azam, usaha dan keistiqomahan. Pasti engkau boleh. Yakinkanlah dirimu.

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian memalukanmu, kau tanggalkanlah dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu…
Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian memalukanmu, kau tanggalkanlah dari tubuhmu, maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentingimu…
Sesungguhnya nabi mengatakan tentang bahaya dirimu: “Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang bersumber daripada wanita”.
Oleh itu saudariku..
Setiap langkah dan tindakanmu, hendaklah bermanhajkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu. Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.

Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah. Yang mampu menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Saudariku…
Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitrah setiap insani. Namun banyak diantara kamu yang terbutakan kerana cinta. Bercinta itu tidak salah. Tapi memujacinta itu yang salah. Kerana cinta buta manusia sanggup menjual agama.

Dan kerana cinta buta, tergadai harga dirimu. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian
besarnya kerana sebuah cinta. Iya, itulah cinta buta. Itulah cinta akan nafsu. Itulah lilitan kecintaan terhadap dunia. Saudariku, maka sedarilah..
besarnya kerana sebuah cinta. Iya, itulah cinta buta. Itulah cinta akan nafsu. Itulah lilitan kecintaan terhadap dunia. Saudariku, maka sedarilah..
Benarlah sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil. Apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana
Allah SWT.
Allah SWT.
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tak berharga, lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..
Semoga disana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap-Nya dan timbul rasa cinta dan kasih pada Penciptamu, Allah. Jadi saudari seagamaku, adakah kamu setuju dengan tips cinta dalam islam ini?
Tweet
No comments:
Post a Comment