Sebelum tu klik sini
BESUT: Percutian pasangan suami isteri dari China di Pulau Perhentian, dekat sini, berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka ditemui mati akibat lemas ketika mandi di pantai pulau itu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam ketika pasangan itu dikatakan berenang berhampiran hotel mereka menginap di Pulau Perhentian Besar, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa dikatakan ditinggalkan sementara oleh suaminya yang balik ke hotel untuk beberapa minit.
“Selepas ke hotel, dia mendapati orang ramai mengerumuni pantai dan terkejut sebaik mendapati wanita yang dikatakan lemas adalah isterinya,” katanya.
Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Hai Yan Li berusia 32 tahun manakala suaminya, Yong Gang, 32.
Kamarudin berkata, pasangan itu sepatutnya mendaftar keluar kira-kira jam 12 tengah hari, menyebabkan si suami kembali ke hotel untuk mengemaskan pakaian.
“Mereka dijadual bertolak ke ibu negara hari ini dan sepatutnya berlepas pulang 14 Februari ini.
“Siasatan awal polis mendapati mangsa berenang tanpa mengenakan jaket keselamatan dan ia dipercayai menjadi punca mangsa lemas,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, laporan kematian hanya akan diperoleh selepas bedah siasat dilakukan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Besut untuk bedah siasat.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut kerana kematian dipercayai berpunca akibat lemas,” katanya.
Tweet
No comments:
Post a Comment