Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday 2 January 2013

30 sekolah ditutup akibat banjir




BEBERAPA pelajar SMA Mahmudiah, Hulu Terengganu terpaksa pulang apabila sekolah mereka ditutup akibat banjir semalam. – Gambar Azlan Bahrum


HULU TERENGGANU – Kira-kira 12,000 pelajar gagal memulakan hari pertama sesi persekolahan tahun baru 2013 semalam apabila 30 buah sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri itu semalam.Sini
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 buah sekolah yang terlibat, 23 buah adalah sekolah rendah dan bakinya tujuh sekolah menengah.



Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 12 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga buah sekolah di Kemaman dan Setiu.
Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara atau masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.
Tinjauan Kosmo! mendapati kesemua sekolah berkenaan mula dinaiki air sejak kelmarin selain Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang di sini yang mula dinaiki air kira-kira pukul 8 pagi semalam.





No comments:

Post a Comment