Wednesday, 30 January 2013

RESEPI KARI TELUR


BAHAN-BAHAN

  • 4 biji telur 
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji cili muda 
  • 2 sudu besar serbuk kari ½ biji kelapa parut
  • ¼ cawan minyak masak
  • 2 sudu besar kicap tomato
  • Garam secukupnya 
  • 1 sudu teh air limau nipis
CARA MEMBUATNYA
  1. Telur direbus keras & kupas. 
  2. Bawang besar & bawang putih dicincang halus. 
  3. Cili muda dibelah 2. Serbuk kari dibancuh bersama sedikit air. 
  4. Kelapa ambil 2 cawan santan. Panaskan minyak & tumiskan bawang-bawang tumbuk tadi sehingga kuning. 
  5. Masukkan rempah, cili, tomato, kicap, biar garing. 
  6. Masak menggunakan api sederhana. Masukkan santan, telur & garam. Biarkan sehingga menggelegak. Kecilkan api & masaklah sehingga pekat, (5 minit).
  7. Perah air limau nipis ke dalam sos & curahkan sos di atas telur. Hias dengan daun pudina.

No comments:

Post a Comment