Wednesday, 30 January 2013

RESEPI IKAN TALAPIA MASAK LEMAK CILI API


BAHAN-BAHAN
  • 2 Ekor ikan Tilapia merah/ hitam saiz sederhana (goreng dahulu dengan garam & kunyit. Boleh letak lada hitam kalau nak kurangkan hanyir)
  • 3 Ulas Bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 biji cili padi
  • 1 batang serai di titik
  • 2 cm halia di titik
  • (tumbuk/blender dahulu bawang merah, bawang putih dan cili)
  • 100 ml Santan / susu segar
  • Serbuk kunyit sikit untuk warna 
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumis bahan2 yang telah di tumbuk/blender tadi. Biarkan sampai kuning atau naik bau.
  2. Masukkan halia dan serai dan tumis lagi sampai bau serai then masukkan ikan.
  3. Last sekali masukkan santan. Biar sampai santan tu pecah minyak pon takpe. Kami suka dia pekat2. Ada setengah suka cair, maka bolehlah tambah air sikit..
  4. Agak2 dh mula menggelegak, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama hirisan daun limau purut atau daun pegaga.

No comments:

Post a Comment