Thursday, 24 January 2013

Lahir anak kembar dianggap sial


Kebanyakan wanita mungkin akan mengalami kesulitan jika memiliki enam anak kembar sekaligus, tapi lebih sulit lagi bagi Gladys Bulinya kerana di Kenya orang yang memiliki anak kembar banyak dianggap kutukan.

Keluarganya tidak membantunya, dan suaminya meninggalkan dirinya kerana dia dianggap pembawa sial, setelah anak kembar keenam lahir tahun lalu.

Sehingga wanita berusia 35 tahun itu kini tinggal bersama 10 anak dari 12 anaknya di rumah dengan satu bilik yang terbuat dari jerami.

Dia hamil ketika usianya masih muda, ketika itu dia masih duduk di bangku sekolah. Tapi kerana kekasihnya juga terlalu muda, maka mereka tidak dinikahkan.

Kesedihannya bertambah ketika keluarganya meminta dia untuk meninggalkan bayinya di hospital agar boleh dijadikan anak angkat orang lain.

Mereka meyakini bahawa anak kembar adalah pembawa sial, jika tidak salah satu dari mereka mati, boleh jadi keduanya yang mati atau orang tuanya.

Ketika dia menikah dan tinggal bersama suaminya, dia pun melahirkan anak kembar, kembali keluarga suami mengusirnya pulang kerumah orang tuanya. Tapi orangtuanya juga tidak mahu menerimanya kerana dianggap membawa sial.

Keluarganya malah menikahkan dia dengan lelaki yang lebih tua 20 tahun darinya. Tapi lagi-lagi anak kembar lahir dari rahimnya. Demikian laporanr BBC.

No comments:

Post a Comment