Wednesday, 30 January 2013

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA


BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ikan siakap ( saiz terpulang )
  • 1 sudu besar tepung jagung (untuk salut ikan sebelum goreng)
  • 3 ulas bawang merah (dihiris) - * ummi kisar
  • 1 sudu besar cili kering kisar (*ni ummi tambah)
  • 1/3 biji capsicum merah (tak letak)
  • 1/3 biji capsicum hijau 
  • 1 biji tomato - didadu kasar) 
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 3 cm halia (dihiris halus)
  • Minyak yang banyak untuk menggoreng ikan
 BAHAN UNTUK SOS
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar air
  • 1 sudu kecil gula pasir
BAHAN UNTUK HIASAN
  • 1 pokok daun bawang
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 2 biji buah tomato (dipotong 4)
  • 1 batang daun ketumbar (potong kasar)
  • 1 batang saderi
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji bawang merah-potong bulat
CARA MEMBUATNYA
  1. Sapukan tepung jagung sekeliling ikan. (gaul dulu dgn sedikit garam dan serbuk kunyit dan salut tepung jagung)
  2. Panaskan kuali dan goreng ikan hingga kuning keemasan ( bagi garing sikit). Angkat dan letakkan dalam pinggan hidangan.
  3. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar dan tumis bahan yang dihiris hingga wangi.
  4. Masukkan bahan2 sos dan biarkan mendidih. (tambah air). Kacau rata dan biar mendidih sikit.
  5. Masukkan bahan hiasan dan tutup api.
  6. Curahkan ke atas ikan tadi.
 

  Dah siap hidangkan
 

No comments:

Post a Comment