Tuesday, 1 January 2013

Hodak tak bimbang tewas besar





 Sebelum tu klik sini .TIADA apa yang dibimbangi dengan kekalahan ini." Itu komen Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika diminta mengulas kekalahan 1-4 pasukannya kepada Sime Darby dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Tampil dalam nada positif, Bojan berkata kekalahan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan eksperimen yang dilakukan bagi membentuk barisan terkuat sebelum menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan Sumbangsih, Sabtu ini.

“Jika dengar keputusannya mungkin teruk, tapi tidak bagi saya. Kita tewas besar malam kelmarin, tetapi ini merupakan satu perlawanan persahabatan dalam persiapan menjelang musim baru.

“Kita ada empat atau lima peluang menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan.

"Keita Mandjou dan Mohd Norfarhan (Muhammad) hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, begitu juga Indra Putra (Mahayuddin) turut mempunyai peluang menghasilkan jaringan," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gol tunggal Kelantan dalam perlawanan tersebut dijaringkan penyerang yang baru didaftarkan beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim ini, Keita Mandjou pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perkembangan sama, Hodak nyata kecewa dengan sikap segelintir penyokong Kelantan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika menyaksikan perlawanan tersebut.
Liga Super: Kemenangan amat bermakna buat Kelantan, kata Bojan Hodak

1 comment: