Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

Wednesday 30 January 2013

RESEPI LAKSA KEDAH


BAHAN-BAHAN
  • 2kg ikan kembung - buang ekor & kepala
  • 2btg bunga kantan - dipotong dua
  • 3 ikat daun kesum
  • 3sb cili giling
  • 10bj cili padi - ditumbuk halus
  • 20 keping asam gelugor
  • 20gm belacan
  • garam & serbuk perasa
  • - Bahan-bahan ulam -
  • 1 labu bawang besar
  • 1bj salad buah
  • 1 ikat daun selum
  • 1 btg timun
  • 3bj telur rebus
  • 3bj limau sambal
  • 1 btg bunga kantan
  • Laksa sediakan seperti arahan di pek 
CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan dibersihkan,masukkan dalam periuk besar bersama 10 keping asam gelugor. Isi air hingga menutupi ikan & rebus hingga hancur.
  2. Bila dah hancur,bawa keluar ikan & tunggu sejuk,air rebusan jgn dibuang biarkan dlm periuk. Asingkan isi ikan dr tulang kemudian blend hingga hancur.
  3. Masukkan ikan yg dah di blend tadi dalam periuk yang sama. Masukkan bunga kantan,asam keping,daun kesum,cili giling,cili padi dan belacan. Masak dengan api sederhana,biarkan mendidih dan sentiasa panas.
  4. Bila kuah terlalu pekat, tambahkan air supaya kuah laksa jgn terlalu cair dan jgn terlalu pekat.
  5. Masukkan garam & serbuk perasa.
  6. Bawang besar, salad, daun selum, timun dan bunga kantan dimayang halus. Timun & limau sambal dipotong dua.
  7. Masukkan laksa dalam mangkuk dan taburkan bahan2 ulam dan siramkan kuah laksa semasa tgh panas. Siap utk dimakan

No comments:

Post a Comment